Wednesday, June 2, 2010

PDRM

Khairil Shafie WARISAN DARAH PERWIRA

- Antara pasukan anti-gerila yang terbaik didunia.

- VAT 69 (Very Able Troops 69)- ditubuhkan pada 25 Oktober 1965 ilham daripada Allahyarham Tun Dr. Ismail, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada ketika itu.

- Objektifnya adalah berdasarkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

- Diawal penubuhan, sebahagian besar keanggotaan VAT 69 adalah dari anggota Pasukan Polis Hutan.(Dulu PPH dan pada waktu sekarang lebih dikenali sebagai PGA)

- Seramai 1,600 orang pegawai dan anggota PPH telah menghadiri pemilihan awal yang dikendalikan oleh 22nd. Regiment British Special Air Service secara sukarela, tetapi Cuma seramai 60 orang sahaja yang lulus untuk mengikuti kursus asas komando di Fort Kemar.

- Setelah latihan berakhir, hanya seramai 28 orang pegawai dan anggota sahaja yang layak terpilih menyertai unit baru ini.

- Sebagai pasukan elit PPH; VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit.

- Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih embrio awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

- Ia adalah satu-satunya unit pasukan khas dinegara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS.

- Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.

- Secara amnya mereka melalui corak latihan yang hampir sama dengan mana-mana pasukan komando lain termasuk perlu memiliki kemahiran sebagai anggota payung terjun.

- Pada peringkat permulaan , unit ini dikenali sebagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69)

- Pada tahun 1972, Kerajaan telah bersetuju dengan rasminya unit ini dinamakan sebagai 69 komando.

- Pada tahun 1983, bersesuaian dengan keadaan dan corak pergolakan dunia, British SAS kembali melatih semula unit ini dalam kemahiran serta selok belok operasi menentang pengganas (Counter terrorism) di kawasan Bandar dan penempatan.

- 69 komando mengungguli semua pasukan khas dinegara ini dalam menghapuskan petualang Negara, sehingga ada sesetengah pengkaji berpendapat antara sebab-sebab gerila komunis bersetuju memeterai perjanjian untuk meletakkan senjata mereka pada tahun 1989 adalah kerana kekuatan mereka hampir lumpuh digempur oleh unit ini berulang- ulang kali.

PERHATIAN : Ini bukan VAT 69 sengal dari Indon ye
April 21 at 6:18pm · Report

Khairil Shafie SUMBANGAN, KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN

UNIT 69 KOMANDO

Dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi khas, menghadapi insurgensi, Krisis jenayah berat, bencana, sebagai ‘last resort’ dan ‘Final option’ dalam apa jua tugas yang tidak mampu dilaksanakan oleh unit ‘regular’ lain. Kejayaan dan pencapaian unit ini boleh dibahagikan kepada 6 bidang operasi.

- Pertempuran di hutan

- Menentang jenayah berat dan penculikan

- Menentang lanun di perairan

- Mencegah rusuhan yang bertukar menjadi krisis

- Tugas mengiring dan mengawal keselamatan VIP

- Mencari dan menyelamat.

PERTEMPURAN DI HUTAN

Semenjak ditubuhkan, 69 komando telah melaksanakan gerakan dihutan dan pencapaiannya adalah seperti rekod di bawah :-

- Pertempuran dengaan pengganas komunis – 50 kali.

- Pengganas dibunuh – 36 orang

- Pengganas ditawan – 82 orang

- Pengganas dicederakan – 34 orang

- Senjata pengganas yang dirampas – 372 laras

- Bom-bom yang telah dirampas – 203 set

- Khemah pengganas yang berjaya ditawan - 84 buah

- Tempat rehat pengganas dijumpai – 236 tempat

Kejayaan yang ditempa 69 komando dalam pertempuran di hutan adalah sangat membanggakan. Kejayaan menangkap hidup-hidup seramai 82 orang pengganas adalah rekod tertinggi dikalangan unit komando di seluruh dunia.

Kejayaan melancarkan ‘delibrate ambush’ dalam ops Indera XII di Bentong yang menumpaskan 9 orang pengganas tanpa sebarang bencana di pihak sendiri juga merupakan catatan yang membanggakan unit. Walau bagaimanapun 69 komando telah kehilangan 6 wira mereka dihujung senjata musuh dan jerangkap samar sepanjang penglibatan mereka dalam operasi pertempuran hutan ini.

MENENTANG JENAYAH BERAT DAN PENCULIKAN

Setelah Parti Komunis Malaya meletakkan senjatanya pada tahun 1989, 69 komando mula beralih arah menggunakan kemahiran tempurnya membantu pihak ‘Special Branch’ menentang penjenayah bersenjata di Bandar dan situasi tebusan.

Catatan pencapaian 69 komando dalam tugas berkenaan adalah seperti berikut :

- Jumlah gerakan – 31

- Penjenayah yang dibunuh – 15 orang

- Penjenayah yang ditangkap – 35 orang

- Senjata api yang dirampas – 23 pucuk Pistol, 3 raifal, 2 submesingan, 31 butir bom.

- Jumlah dadah yang dirampas – 427 kg Ganja

- Hasil rompakan yang dijumpai – melebihi RM 1 juta

- Tebusan yang dibebaskan – 3 orang.

Salah satu kejayaan terbesar 69 komando ialah dalam ops subuh di mana pegawainya telah berjaya menyusup masuk ke kubu musuh di Bukit Jenalek dan telah merampas beratus-ratus pucuk senjata milik Angkatan Tentera dan menawan 3 orang tebusan. Pegawai berkenaan mengambil masa lebih 2 jam memujuk kumpulan berkenaan kemudiannya bersetuju menyerahkan dirinya kepada pihak tentera.
April 21 at 6:19pm · Report

Khairil Shafie MENENTANG LANUN DIPERAIRAN

69 komando juga memiliki kemahiran di perairan. Sebagai bukti2 rekod cemerlang operasinya di perairan Sabah mencatatkan :-

- Jumlah gerakan – 2

- Jumlah lanun dibunuh – 3 orang

- Jumlah lanun yang ditangkap – 23 orang

- Senjata yang dirampas – selaras raifal AK 47, Selaras raifal Garrand, Selaras Shotgun dan 5 pucuk pistol.

- Ops Rambo yang dilaksanakan pada 1994 adalah satu kejayaan besar melumpuhkan pengganas antara bangsa dari Filipina yang dipimpin oleh Rizal Aleh. Kumpulan ini adalah sepihan dari MNLF yang telah membunuh seorang pegawai tinggi polis di sana yang berpangkat Brig. Jeneral. Setelah diburu mereka telah melarikan diri ke Sandakan Sabah. Mereka beroperasi di kawasan bakau dan perairan dengan menggunakan taktik lanun.

- Usaha menangkap mereka hidup-hidup telah berjaya walaupun mereka bersenjata api.

- Seorang pegawai 69 komando yang memimpin Ops berkenaan telah cedera di tembak dan kemudiannya telah dianugerahkan dengan pingat Panglima Gagah Berani.

MENCARI DAN MENYELAMAT

- Operasi menyelamat mangsa nahas udara sebanyak 3 operasi termasuk Ops Piper di Genting Bidai di kawasan Janda Baik

- Operasi menyelamat mangsa tanah runtuh tertimbus sebanyak 5 kali dan berjaya menyelamatkan mangsa seramai 5 orang.

- Operasi menyelamat dan mencari mangsa lemas sebanyak 6 kali dan seramai 12 orang dijumpai.

SUKAN

- Johan Marlboro Adventure Team pada tahun 1996 dan 1997

- Muncul juara Asia dan mendapat tempat kelima dunia dalam iron man echo challenge international di Hong Kong.

- Menjuarai dan mengungguli echo challenge international di Taiping.

- Mewakili PDRM dan menjuarai pertandingan mendaki Gunung Tahan dan Orienteering. Pasukan yang diwakili oleh pegawai dan anggota unit sering muncul juara atau mencapai keputusan yang memberansangkan samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

- Dalam sukan payung terjun, pasukan PDRM yang diwakili unit ini telah membolot tempat pertama acara kebangsaan 4 kejohanan berturut-turut. Di peringkat antarabangsa , pasukan ini mencatatkan keputusan membanggakan dalam acara canopy formation.

- Dalam pertandingan menembak pula, 3 tahun berturut-turut menjadi juara keseluruhan pertandingan tembak di International Full Bore Challenge LISRAM Langkawi dan 5 orang penembak ini dipilih mewakili Negara dalam acara tersebut
April 21 at 6:20pm

No comments: