Sunday, May 25, 2008

Kepimpinan

" Setiap seorang di antara kamu adalah penggembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu gembalai."(Sahih bukhari dan Muslim).

" Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah ampunan bagi mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-oarang yang bertawakal kepadanya." (Al-Imran; 3:159)

"Wahai orang-orang yang beriman,jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.." (An-Nisaa'; 4:135)

"...Dan janganlah sekali-sekali kebencian terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat kepada takwa..." (Al-Maa-idah; 5:8)

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya menetapkan dengan adil..." (An-Nisaa'; 4:58)

" Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?Sesungguhnya Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. (An-Nisaa'; 4:49)

" Apabila dua orang datang kepada kamu untuk mendapatkan pertimbangan,jangan putuskan dengan memihak kepada satu pihak tanpa mendengar hujah daripada pihak yang lain; ia (kaedah ini)lebih memberatkan kamu untuk mengetahui kebenaran." (Rasulullah menjawab pertanyaan Ali r.a)

" Dalam ramai-ramainya orang,orang yang paling hampir dan dicintai Allah di hari Pengadilan ialah pemimpin yang adil,dan orang yang hina pada pandangan Allah dan yang dijauhi daripada_Nya ialah mereka yang tidak adil." (Rasulullah menjawab pertanyaan Abu Saeed r.a)

"Jika aku berhutang sesuatu kepada sesiapa;atau jika aku bersalah kepada sesiapa,atau merosakkan harta atau menjatuhkan maruah sesiapa,diri aku,maruah aku dan harta aku ada di sini;balaslah kepada aku semasa aku di dunia ini." ( sabda Rasulullah)

""Seorang yang menjadi hakim/pemulih tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan bagi dua pihak yang berkonflik,sedangkan dia dalam keadaan marah." (sabda Rasulullah)