Tuesday, September 22, 2009

Pencegahan Jenayah-Pecah Rumah

Pecah Rumah-Langkah langkah pencegahan.

Bagaimana Boleh berlaku?
- Dengan mengumpil pintu atau tingkap.
- Mengumpil jerejak besi pintu dan tingkap
- Memotong mangga (ibu kunci)
- Memasuki melaui bumbung rumah/syiling yang terbuka.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah?
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumag kosong.
- Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
- Meletakkan barang bernilai disekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasuki
- Membiarkan pintu atau tingkap terbuka,terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci
- Menggunakan kunci,mangga atau rantai yang mudah diumpil,dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan
- Keadaan rumah seperti bumbung,tingkap,dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan
- Memaklumkan balai polis yang terdekat tentang alamat rumah,tarikh dan masa anda tidak berada dirumah.
- Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
- Memasang alat alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak
- Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah
- Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah
- pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/ bangunan
- Sekiranya bercadang bercuti lama,hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada penghuni

NASIHAT APABILA BERLAKU PECAH RUMAH
- Segera membuat laporan di Balai Polis yang berdekatan
- Jangan menyentuh atau mengubah apa jua barang-barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri.Ini bertujuan untuk melindungi bukti ditempat kejadian seperti capjari atau alat-alat yang ditinggalkan oleh penjenayah.

sumber pdrm