Thursday, August 20, 2009

Permatang Pasir

Isu peribadi menenggelamkan minda rakyat dari berfikir tentang masa depan diri,anak cucu,bangsa dan agama jauh lagilah masa depan negara.Seandainya seseorang itu membuat kesilapan dalam masa hidupnya,apa kah dia harus terus membuat atau dianggap akan berbuat demikian sepanjang hayatnya.Lagi-lagi kalau kesilapannya itu telah menerima hukuman.Hukuman yang dijatuhkan merupakan hukuman displin dari badan yang mengawal tatalaku ahli-ahlinya dan harus dingat bahawa badan displin itu bukanlah Mahkamah.Maknanya seperti tindakan displin disekolah atas sesuatu kesilapan atau kenakalan pelajarnya dan "hukuman" itu tidak harus "di cop" sampai sepanjang hayatnya walaupun telah tamat belajar.Wajarkah kalau ia di cop kan didahi sepanjang hidupnya?

Kalau setiap kesilapan seseorang itu diambil kira sebagai petanda bahawa orang itu akan mengulangi kesilapannya maka kita hanya dapat "idola bayangan"yang akhirnya tinggal bayang-bayang sahaja.

Perhatilah di sekeliling kita selepas memerhati dan muhasibah diri kita sebelum kita mengambil tindakan tidak mempercayai seseorang semata mata orang itu ada pernah membuat kesilapan maka dia tidak layak menjadi diberi sokongan untuk dia boleh bekerja kuat membawa kebajikan dan pembangunan rohani dan jasmani kedalam kehidupan kita dimasa hadapan.

Tentukanlah kewarasan kita dapat melihat dan membezakan permata pasir kah yang kita mahu atau permatang pasir yang maju seiring dengan kawasan kawasan yang lain.Tanggal 25 ogos 2009 biarlah kita berfikir tentang masa depan diri,anak cucu,agama dan bangsa 1Malaysia yang maju.