Friday, May 30, 2008

2x5

Pelangi membelik surat khabar The Star pagi tadi.Terbaca YAB MB Perak memberi semangat kepada ahli-ahli sukan negeri itu yang akan bertanding dalam Sukma 2008 yang akan berlangsung di Terengganu.Yang menariknya semangat sukan ala baru ditiupkan.Ahli -ahli sukan yang mewakili negeri Perak di suruh menunjukkan "semangat Pakatan Rakyat" kerana mereka ini adalah wakil "negeri negeri dibawah pemerintahan pakatan rakyat".

Pelangi tersentak dan terkedu membacanya.Nampaknya tak ada tempat sukan untuk sukan.Kini semangat sukan kenalah sama dengan semangat politik.Seingat ingat pelangi negara-negara blok komunis dahulu yang sentiasa mempolitikkan segala apa aktiviti rakyatnya baik sosio ekonomi dan poltik termasuklah sukan,dan ia dibawa ke muka dunia untuk menunjuk nunjuk kehebatan ahli-ahli sukan yang mewakili negara komunis.Ia dibuat untuk propaganda politik negara blok komunis.

Lepas membelek The Star pelangi menyelak Harian Metro.Dalam ruang berita sukannya terbaca YB Menteri KBS menyatakan beliau tidak akan bertandang ke Negeri Pulau Pinang yang dibawah pimpinan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng sekiranya penganjuran Piala Juara-Juara Belia 2008 tetap dijalankan.Ktanya lagi mungkin beliau hanya akan ke venue di Terengganu adan Melaka.

Pelangi lagi pening kepala.Pening pasal kalau tak silap beberapa hari dulu apabila isu dua pemain bolasepak antarabangsa yang berbangsa Yahudi dalam satu pasukan bolasepak yang dikatakan akan bermain di bumi Malaysia dibenarkan.Sebabnya kata YAB TPM,Malaysia tidak mahu mencampur aduk kan politik dengan sukan.Pelangi rasa memang pendirian itu wajar lagi tepat,sukan untuk sukan.

Terdapat dua senario diatas,terpulanglah kepada budibicara kita untuk merenungkannya.