Tuesday, April 13, 2010

Pencegahan Jenayah Kecurian Kenderaan

KERETA:

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa bila meninggalkannya.

2. Pasangkan kunci tambahan pada setiap masa dibahagian-bahagian penting seperti stereng,gear,roda dan clutch

3. Pasangkan setiap masa alat penggera (alarm system).

4. Pastikan kunci kereta tidak dibuat salinan pendua semasa kereta dihantar atau

diservis atau semasa dicuci.

5. Jangan sesekali serah kunci kereta kepada joki kereta.Ukir nombor pendaftaran
kereta di cermin depan dan belakang serta sisi dengan 'sandblasting'.

6. Elakkan meletak kenderaan bersebelahan kenderaan besar seperti lori dan bas

kerana ini akan memberi ruang dan peluang keemasan serta memudahkan pencuri
mencuri akibat tersorok dari andangan kita.

7. Siap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.


MOTORSIKAL :

8. Letak motorsikal di tempat-tempat yang dikhaskan serta ada kemudahan mengunci.

9. Pastikan motorsikal anda berkunci setiap masa apabila bercadang meninggalkannya.

10. Jangan sesekali meninggalkan motorsikal dikawasan yang gelap dan sunyi.

11. Setiap masa gunakan kunci dan rantai tambahan.

12. Jika perlu ukirkan nombor pendaftaran motorsikal dibahagian-bahagian penting atau lengkapkan dengan isyarat pencegahan kecurian.

No comments: